Saturday, August 6, 2011

kosa kata brunei

A) tanggung-tanggung alang : tidak
bertanggungjawab sepenuhnya.

B) waimapun ancur bersiut :apa pun yang akan
terjadi (enggan bertolak ansur)

C) tukang sabut pandai bercakap sahaja

D) puah ati :tidak tabah menghadapi dugaan dan
cabaran.

Amai tangan= Suka menjangkau-jangkau sesuatu tanpa tujuan.
Ambuk Tunggal= Orang yang suka memencilkan diri.
Anak bala= Kanak-kanak yang nakal yang selalu mengusik dan menangiskan kanak-kanak lain.
Angat-angat dingin= Kurang sihat.
Barat mulut= Tidak suka bertegur sapa atau tidak suka bercakap.
Baangin= Orang yang tidak tetap pendirian.
Bakulat tangga= Orang yang tidak suka datang ke rumah orang lain.
Batolak baambit= Bertolak ansur
Cakap ambur-ambur= Cakap sembarangan
Cukup makan= Pendapatan yang tidak berlebihan.
Di bibir-bibir mulut= Suatu perkara yang hendak diperkatakan tetapi tiba-tiba lupa untuk mengungkapkannya, walaupun pada mulanya perkara tersebut ada dalam ingatan.
Ikat mati= ikatan yang tidak mudah dibuka.
Inda mau sirit= Tidak mahu bertolak ansur.
Jadi sasaban= Sesuatu yang dijadikan sebab atau alasan.
Kikik sauk-sauk= Orang yang tidak tetap fikiran atau pendirian.
Lantak mati= Harga yang tidak boleh ditawar lagi.
Mambuang usin= Berbelanja pada perkara yang kurang berfaedah.
Otak ambuyat= Orang yang bodoh.
Pilih-pilih langsat= Memilih untuk mendapatkan yang lebih baik tetapi akhirnya terpilih yang kurang baik.
Singit sabalah= Keputusan dan pertimbangan yang tidak seimbang, berat sebelah.
Tinggi-tinggi payau= Tinggi persekolahan pada nama sahaja sedangkan mata pelajaran yang senang pun tidak difahami.
Umpan alir= Orang yang dijadikan orang suruhan.



Perambahan Brunei (2)
Akal manampurung= Kanak-kanak lelaki yang culas terutama dalam pekerjaan, leceh dan mentah fikiran.
Ampar kajang= Orang yang jatuh terlentang akibat pukulan atau serangan deras daripada lawan.
Anak bungsu= Anak yang penghabisan.
Angkut-angkut semut= Membuat pekerjaan dengan perlahan.
Banyak tangan= Lebih daripada seorang yang menggunakan atau membuat sesuatu.
Bakulut-kulut= Sentiasa berdiam diri di sesuatu tempat.
Babuyah tangga= Datang berkali-kali untuk menagih hutang tetapi tidak berhasil.
Bulan timbul= Bulan akan datang
Cacah cabur= Perbuatan yang malar(tetap, terus-menerus)
Caradiknya macam buratak nasi= Percakapan yang tidak putus-putus.
Galak rasa= Tidak sedap badan atau berasa segan(malu)
Hitam baculik= Keadaan gelap gulita.
Iski hati= Gembira, riang atau suka.
Jahat mulut= Kasar bahasa.
Kuat hati= Kemahuan yang tinggi.
Luak pakak= Pucat lesu
Macam bara pacah di tambak= Keadaan yang riuh-rendah menjadi sunyi apabila orang yang disegani atau ditakuti hadir.
Malau-malu asam= Malu sedikit.
Mandi itik= Mandi dengan tergesa-gesa sehingga seluruh badan tidak basah.
Mandangar tongkat galagar= Percakapan yang ditakuti akan didengar oleh orang.
Menganyam bini= Merendah diri apabila berada di tempat orang.
Menganyam hutan= Orang yang tidak suka bergaul dan apabila berjumpa orang, dia akan melarikan diri.
Masin lidah= Cakap yang selalu diterima orang.
Mati akal= Hilang fikiran kerana kesuntukan masa untuk berfikir.
Mati buragan= Mati yang terbiar.
Pacah-pacah bigi= Tidak lancar ketika membaca.
Panas tangan= Tidak dapat berjimat cermat walaupun mempunyai pendapatan yang lumayan.
Puah mata= Mudah menangis.
Rabah rimpah= Jatuh bangun ketika berlari dalam keadaan kelam kabut.
Saangkat-angkat hati= Memberi sesuatu dengan seikhlas hati.
Sajuk tangan= Senang mendapat rezeki.
Saparadian kuyuk= Adik=beradik seibu tetapi berlainan bapa.
Singap tunggal= Keadan yang terlalu teruk (sakit, letih)
Turun-turun ayam= Membuat sesuatu kerja dengan tidak ada persediaan.
Ular lundung= Tidak mahu berusaha sendiri dan semata-mata mengharapkan belas kasihan daripada orang lain; orang yang malas.
Yatim junjungan= Orang yang kematian ibu bapa sejak lahir.

Perambahan Brunei (3)
Amas tampawan= Orang yang sangat dikasihi.
Anak aku-akuan= Anak yang diangkat pada nama sahaja kerana mengambil sukut(tuah) tetapi masih dalam tanggungan ibu bapanya yang sebenar.
Anak bunga tubuh= Anak sulung.
Ayam sigun= Orang yang handal, pendekar atau orang yang suka berkelahi.
Basah karing= Bekerja dengan tidak mengenal penat dan tidak menghiraukan sebarang kesukaran yang dihadapi.
Babuyah-buyah mulut= Banyak bercakap kerana menasihati seseorang tetapi nasihat itu tidak diikuti.
Buntak lamak= Gemuk dan pendek(lelaki).
Capak pahang= Makanan seharian.
Gatal tangan= Suka bekerja
Guring limpang= Bekerja bertungkus lumus.
Hitam malangut= Hitam legam.
Inda manulus tangga= Pergi atau datang dengan keadaan kelam-kabut.
Inut-inut bangking= Melakukan pekerjaan dengan perlahan dan cermat.
Isi parut= Rahsia sendiri.
Jajam hati= Cepat tanggapan dan kuat ingatan terutama dalam menerima pelajaran.
Jahat rasa= Badan kurang sihat.
Juling pancuri= Juling sekali-sekala.
Kambang asang= Ingin makan sesuatu.
Kambang bulu= Berasa ngeri atau seram.
Kapir malaun= Orang yang jahil tentang agama.
Karak wayang= Sangat gemar menonton wayang.
Kaya-kaya bajau= Berbelanja dengan seberapa banyak pada harta yang ada.
Kalangkahan dulang= Perempuan yang didahului kahwin oleh adik perempuannya.
Lamah liat= Lambat bergerak tetapi kerja yang dibuat berhasil juga.
Luncit sapanggalan= Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang bermusuhan untuk kepentingan dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment